Salam Sayyidul Ayyam! : Days of Sunnah :)




Assalammualaikum wbt, salam sejahtera, selamat pagi semua! Semoga semua sidang pembaca sihat-sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Allah SWT. Insya-Allah :)

Ok baiklah. Salam Sayyidul Ayyam... Apakah maksudnya? Salam Sayyidul Ayyam bermaksud Salam Penghulu Segala Hari! Hari Jumaat merupakan hari penghulu segala hari dalam konteks agama Islam.

Hari Jumaat ini merupakan hari yang istimewa sebenarnya. Pada hari ini pelbagai peristiwa yang telah berlaku, dan akan berlaku. Sebagai contoh, Hari Kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Pada hari ini jugalah kita disyariatkan untuk menunaikan solat Jumaat. Dua rakaat, disertai dengan pendengaran khutbah. 

Selain daripada itu, hari Jumaat juga mempunyai banyak kelebihan. Banyak sangat. Kita digalakkan untuk banyak berselawat kepada junjungan mulia Rasulullah SAW. Diriwayatkan oleh periwayat hadis soheh, Rasulullah SAW bersabda, "barang siapa yang berselawat kepadaku 1 kali, maka Allah berselawat kepadanya sebanyak 10 kali". Ini baru hari biasa... Kalau hari Jumaat? Berganda-ganda la jawabnya pahala kita! :) Jom selawat! :)


Selain itu, kita digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi. Ada banyak hadis yang menceritakan kelebihan surah Al-Kahfi pada hari Jumaat ini, antaranya ialah :-

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Berdasarkan hadis tersebut, terbuktilah bahawa banyak kelebihan yang kita boleh dapat dengan membaca surah Al-Kahfi. Jom amalkan! :)

Seterusnya, hari Jumaat juga disunatkan kepada kita untuk :-






Biarlah gambar berbicara =)

Kesimpulannya, hari Jumaat ini banyak kelebihan, banyak peristiwa. Kita sebagai hamba, ayuh ambil peluang ini dengan sebaiknya! :)

Firman Allah SWT dalam surah Al-Zalzalah ayat ke 8, "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya)".

Jangan tunggu lagi! Buat sikit-2 pun xpa. Sikit-2 lama-2 jadi bukit. Allah lihat apa yang anda kerjakan. Biarpun sedikit, tapi kalau ada effort, Allah SWT tetap akan memberi ganjaran :)

Insya-Allah. Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Insya-Allah kita bertemu lagi di lain 'post' :D

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera, salam sayyidul ayyam :)

Catat Ulasan

1 Ulasan