Pilihan : Suatu Ujian Penuh Siratan :)

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera sidang pembaca sekalian.

Mengimbau kembali lipatan sejarah belaka. Pada kali ini penulis membawakan kepada anda satu entri yang menceritakan mengenai pengalaman penulis suatu ketika dulu. Pengalaman di mana penulis mengalami dilema yang cukup hebat, iaitu memilih untuk belajar di UITM ataupun PSIS ataupun Pra-Universiti.


Penulis merupakan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) pada tahun 2013 (Sesi kemasukan Jun 2013). Semester pertama. Pelajar Diploma jurusan Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Namun sebelum penulis memasuki PSIS, penulis merupakan pelajar Pra-Universiti SMK Seksyen XVI Shah Alam. Pelajar STPM yang mengambil aliran Bahasa Melayu dan Seni.






Namun selepas sebulan penulis belajar di Pra-Universiti. Penulis mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di institut politeknik. Namun penulis mengalami dilema kerana kursus kejuruteraan elektronik bukanlah minat utama penulis. Kejuruteraan merupakan minat penulis yang sudah lama terkubur dek zaman kerana penulis sedar penulis tidak hebat dalam subjek-subjek sains tulen walaupun penulis adalah pelajar subjek sains tulen pada di sekolah menengah.


Namun kerana ibu penulis yang tercinta yang ingin melihat anaknya memasuki alam IPT, penulis menyahut cabaran tersebut. Penulis meninggalkan Pra-Universiti dengan seribu satu kenangan walaupun baru sebulan, dan memasuki Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor.


Ramai juga yang mempertikaikan keputusan penulis kerana memilih untuk memasuki politeknik kerana ada yang beranggapan bahawa politeknik adalah institut bawahan. Selain itu ada yang beranggapan keputusan penulis adalah salah kerana penulis kurang minat akan kos tersebut. Namun itu semua tidak penting bagi penulis, kerana bagi penulis, sekiranya keputusan itu membuatkan ahli keluarga penulis semuanya gembira, aman sentosa, itulah yang terbaik. Penulis juga cuba untuk sentiasa husnuzon (bersangka baik) kerana setiap perkara yang berlaku padanya pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.


Politeknik Sultan Idris Shah

Alhamdulillah, penulis berjaya untuk menyesuaikan diri di PSIS dalam masa yang singkat. Penulis mempunyai kenalan baru, pengalaman baru, kehidupan baru dan mempelajari ilmu baru. Kawan daripada pelbagai negeri, pelbagai ragam, pelbagai loghat. Dengan kecek kelatenye, loghat utaranya, macam-macam ada. Juga, kehidupan kampus yang pada malamnya tidak akan sunyi. Dan, ilmu kejuruteraan yang penulis sendiri tidak sangka bahawa penulis menceburi bidang ini. Pengalaman dan memori pahit manis duka lara cinta angau semuanya ada.

Penulis juga menjadi siswa yang aktif di PSIS. Penulis memasuki pelbagai persatuan dan memegang pelbagai jenis jawatan di sana.

EXCO PRS

Tidak dinafikan, penulis memang sibuk di sana. Namun pelajaran tetap diutamakan. Kokurikulum, kurikulum dibitarakan. Ada yang beranggapan, orang organisasi akan kecundang dalam peperiksaan kerana tidak cukup tidur, tidak cukup belajar. Sebenarnya, tidak. Salah sekali tanggapan itu. Perkara yang paling penting adalah pengurusan masa, keinginan dan kesanggupan untuk belajar, diajar, dan mengajar.

Semasa peperiksaan akhir berlangsung, penulis mendapat tawaran ke UITM untuk sesi kemasukan kali kedua. Ditawarkan kos yang penulis inginkan sangat. Diploma Pentadbiran Awam. Penulis gembira, disulam dilema, kerana penulis sudah mula jatuh hati di PSIS. Di PSIS penulis telah banyak mencipta kenangan, memegang jawatan, mempunyai ramai kenalan.



Pada masa inilah, Allah uji penulis dengan bermacam-macam dugaan. Keluarga cakap macam ni. Kawan cakap macam ni. Cikgu macam ni. Pensyarah pula cakap itu ini begitu begini. Runsing penulis dibuatnya. Ayah penulis ingin melihat anaknya masuk UITM, manakala ibu penulis pula lebih selesa anaknya teruskan sahaja pengajian di PSIS. Wahh~ Dilema sungguh.


Namun, apapun, jawapannya tetap satu sahaja. Istikharah. Kembali pada Allah SWT. Allah lebih tahu.



Setelah hampir sebulan memikirkan mengenai perkara ini. Akhirnya, hatiku berat ke UITM. Biasalah, ramai akan mempertikaikan keputusan saya, namun kadangkala kita perlu berkorban untuk orang tersayang. Husnuzon (bersangka baik) kepada Allah kerana itulah yang terbaik.

Setelah memasuki UITM, keputusan peperiksaan akhir politeknik telah keluar. Pada peperiksaan akhir, saya berjaya mendapat keputusan sebegini :-


Alhamdulillah. Dapat 3.79. (2A+ 4A 2A- 1B). Alhamdulillah dapat AKJ (Anugerah Ketua Jabatan)! Tercapai juga hasrat penulis untuk mendapat AKJ. Penulis ingin keluar dari PSIS dengan penuh versatile.

Result ni keluar masa saya sedang menjalani minggu orientasi di UiTM. MDS (Minggu Destini Siswa).

Ada yang bagi kata semangat ;

"Takpa, ada hikmah"

Takpa, kalau kat poli dah result macam ni, kat UiTM Insya-Allah lagi better"

Dan... Ada juga yang mencemuh saya, dan mempertikaikan keputusan saya kerana bertukar haluan ke UiTM.

Ada yang kata ;

"Rugi kau keluar poli, hah, tengok result kau. Bukan senang nak dapat AKJ untuk engineering"

"Kau masuk UiTM, belum tentu kau dapat score macam ni"

"Course Engineering lagi market daripada Pentadbiran Awam"

Uishh~ Tekanan beb. Tekanan. Tapi apa boleh buat, nak xnak kenalah teruskan kehidupan. Padanya pasti ada hikmah.



PSIS dilepaskan, UITM dituju.

UITM Kedah. Utara sana. Merantau negeri orang la katakan. Alhamdulillah, tempat baru, pengalaman baru, kawan baru, ilmu baru. Mula-mula penulis rasa janggal la juga, namun alah bisa tegal biasa. Kadang-kadang penulis rindu akan PSIS, namun itu tidak menjadi penghalang bagi penulis untuk meneruskan perjuangan di UITM.

Penulis membuktikan pilihan penulis untuk berganjak ke UITM itu tidak salah dengan mendapatkan pointer yang cukup hebat dalam peperiksaan akhir UITM, iaitu :-



Gembira tidak terkata. 3.95! 1A+ 5A 1A-! Ibu ayah penurut menangis kegembiraan. Penulis pun sama. Hadiah hari ibu. Penulis buktikan bahawa pilihan penulis tidak salah. Penulis jadikan pilihan penulis sebagai ujian yang menjadikan diri kita lebih efisien.

Oleh itu wahai pembaca sekalian. Jangan berputus asa. Jangan takut dengan apa yang orang kata. Dalam dunia ni, bukan semua orang suka kita, dan bukan semua orang benci kita. Setiap pilihan pasti akan ada kebaikan dan keburukan. Namun, sentiasa husnuzon kepada tuhan dan buat pilihan yang bijak, dengan sentiasa berdoa, meminta petunjuk daripada tuhan. Tuhan lebih mengetahui apa yang tersirat di hati kita. Tuhan lebih mengenal kita daripada kita mengenali diri kita sendiri.


Ada kalanya, kita kena fulfill mak dan ayah kita punya keinginan. Ada kalanya kita perlu berkorban diri kita demi mereka, untuk melihat mereka bahagia.

Lihat pada situasi.

Kalau kita mampu mencabar diri kita, cabarlah.

Apapun, sebenarnya, it's better kita pilih apa yang kita minat. Insya-Allah keluarga akan memahami dan merestui pilihan kita, sekiranya kita betul-betul bersungguh dengan pilihan kita tu.



Masih keliru lagi? Takpa.

Mengadu pada Allah. He is the best listener. Dan ikut sahaja perancanganNya. PerancanganNya yang terbaik.

Sekian sahaja coretan penulis. Insya-Allah kita bertemu di lain entri. Assalammualaikum wbt, salam sejahtera :)

Catat Ulasan

1 Ulasan