BS-4-17




BS-4-17

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera.

With le roomates, dari kiri :-
Azeem, Hafizi, Aliff, Najmi.

2 Sèlangor 2 Johor. The Red Giants VS Southern Tigers.

Satu bilik tapi 4 kepala. 4 kepala 4 fikiran. Lain-2 latar belakang. Lain-2 lifestyle. Ada yang ahli muzik, main perkusi dengan nyanyi dlm bilik. Frenchman pun ada, merci bou, bonjour xhabis-2. Pastu ada yang busyman, keluar pagi, lewat petang baru balik. Tang pendiam pun ada, diam-2 tapi sekali kalau dah bercakap, hah... Tak berhenti.

Bukan calang-2 roomate ni, sebab M.T-2 DiPAC ada tiga orang dalam bilik ni. Dengan Presiden DiPAC-nya, dengan Exco Akademik-nya, pastu dengan Exco Keusahawanan lagi. Orang Besar DiPAC semua ni.

Saya? Saya Sekretariat DiPAC Publisiti & Perhubungan Luar je. Orang kecik je. Hehehe.

Satu semester bersama dieorg, sangat bermakna buat saya. Peristiwa pahit manis suka duka semuanya ada. Apapun semua itu adalah ujian untuk merapatkan ukhwah antara kita berempat.

Sepanjang sem, tak sah kalau takda lagu klasik inggeris. Bak kata Aliff, lagu orang mati.
Lepas tu, tak sah kalau pagi-2 ada yang pasang lagu UiTM Di Hatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM. Katanya nak beri semangat untuk terus berbakti pada UiTM dan Tanah Air. Hehehe.
Tak sah juga kalau alarm phone berbunyi tak henti-henti sampai pagi.
Tak sah kalau outing tak pergi singgah Nadia Tomyam. Hehe.

Pergh, rindu. Nostalgia belaka.

Terkadang, bila kita sakit, sat g ada ja roomate yang bagi ubat.
Terkadang, bila kita xda duit, ada ja roomate yang huluqkan duit.
Terkadang, bila kita lapar, tetibe ada je makanan atas meja.
Terkadang, kalau kita tak faham pasal pelajaran, ada ja roomate yang akan bantu bagi keterangan.
Dan, terkadang, bila kita ada masalah, roomatelah yang menjadi kaunselor dan meleraikan simpulan ketegangan.

Sweet kan? Simple, but memorable. Indahnya persahabatan sekiranya dijaga dengan rapi, seperti mana kita menjaga diri kita.

Apapun... Terima kasih semua. Minta halalkan semua. Maaf atas salah silap sepanjang menjadi warga bilik. Happy to know all of you. Jauh mana pun kita, tetap dekat di hati. You all are always, my brother. Lets cherish this friendship until Jannah. InsyaAllah.

Sincerely,
Azeem.

Catat Ulasan

0 Ulasan