SEMANGAT MALINJA


Assalammualaikum wbt, salam sejahtera semua.

7/6/2014
Hari Pendaftaran Kemasukan Kolej.

Pada masa ini, penulis sedang berada berhampiran dengan bangunan yang cukup gah, iaitu Bangunan FSPPP UiTM Seremban, Negeri Sembilan.

Ya, sebelum ini penulis di UiTM Merbok, Kedah. Tapi, di Kedah itu, hanyalah kampus transit (sementara). Kampus tetap adalah di UiTM Seremban, Negeri Sembilan. Kini, kampus baharu sudah siap, maka kami diarahkan untuk berpindah ke sana.

Penulis, selaku bekas Warga UiTM Sungai Petani, Merbok, Kedah, akan membuktikan bahawa kami, kumpulan minoriti ini bisa menjadi kumpulan yang disegani, dihormati, dicontohi. Insya-Allah.

Sedikit madah seloka dari penulis :-

Sedikit tidak semestinya rapuh,
Ramai tidak semestinya utuh,
Kerana yang penting,
Bersatu teguh bercerai roboh.
Dominan tidak bermaksud gagah perkasa,
Minoriti tidak bermaksud sirna dari mata,
Kerana kadangkala,
Petani bisa mengalahkan Pahlawan Nusantara.
Minoriti bukan penghalang untuk bersinar,
Dominan bukan tanda selesa ibarat tidur di kamar.

Ayuh bangkit bekas Merbok dan Melaka semua.
Berdiplomatik bertanding secara hemah & saksama,
Bertanding secara sihat amalan mulia,
Namun bersedialah...
Serangan Padi Malinja Utara sana...
Bakal meluaskan empayarnya... 

-Ahmad Azeem Ahmad Raslan-

Ada maksud tersirat dan tersurat dalam seloka ini, antaranya ialah belajar menjadi 'siapa-siapa' daripada 'tiada siapa'. Kita di kampus baharu. Tiada siapa mengenali kita. Mungkin kita dikenali di kampus lama, tapi di tempat baharu, we are nobody. Kita perlu sesuaikan diri, dan bina kembali komunikasi dan reputasi yang baik, supaya dengan itu, kita dapat menjadi 'siapa-siapa'. Bukan untuk riak, tetapi untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk masa hadapan. Lihat dari perspektif positif, bukan negatif. Pandangan penulis, ada beza antara bangga diri dengan riak. Bangga diri kebiasaannya seseorang itu bangga atas kejayaan yang dimilikinya, ada potensi untuk riak, tetapi ada juga potensi orang itu merendah diri, dan cuma ingin berkongsi kejayaan, tidak lebih daripada itu. Manakala riak pula, seseorang itu menunjuk-nunjuk yang teramat, kerana inginkan pujian daripada orang lain.

Kita boleh menjadi 'siapa-siapa' ataupun 'seseorang', salah satunya dengan belajar bersungguh-sungguh, dapatkan keputusan yang cemerlang. Keputusan yang cemerlang akan membuatkan orang lain kagum dan hormat terhadap kita. Selain daripada itu, alternatif lain adalah dengan melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan, dan selalu berbuat baik kepada orang lain. Insya-Allah, orang akan kenali kita, kerana sifat-sifat yang positif.

Positif. Menguntungkan. Negatif. Merugikan.

Setiap manusia ada peluang untuk menjadi shining star, cuma peluang itu yang perlu kita cari. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Kejayaan ini ibarat kunci pintu dan pintu. Kalau kita dapat buka pintu tu, dapatlah kejayaan. Tapi nak dapatkan kejayaan tu, kita perlu cari kunci dahulu, untuk buka pintu tersebut.

Hayati, fahamkan. Insya-Allah anda dapat apa yang saya cuba sampaikan.

Ada banyak lagi intipati dan pengajaran, anda perlu rajin cari. Hehehe.

Sekian, terima kasih.

Penulis

Catat Ulasan

0 Ulasan