UPU GAGAL? JANGAN SEDIH! :)



Assalammualaikum wbt, salam sejahtera semua!

Hari ini saya bawakan sebuah entri khas buat saudara/saudari, mengenai perihal UPU.

Pertamanya, penulis mengucapkan tahniah kepada semua saudara/i yang berjaya melepasi permohonan UPU. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi. Jangan risau sangat. La tahzan. Jangan sedih. Ada banyak lagi peluang di luar sana yang menunggu anda selain daripada keputusan UPU ini.

INGATLAH, UPU bukan segalanya. Gagal dalam UPU, tidak bermaksud anda gagal dalam hidup.

Buka mata, buka minda anda. Broaden your minds. Husnuzon. Bersangka baik dengan Tuhan.

Pasti ada sebab kenapa anda gagal. Mungkin kerana saingan terlalu tinggi. Ataupun mungkin kerana sistem. Ataupun mungkin kerana kriteria anda terhadap jurusan yang anda mohon itu, cukup-cukup makan sahaja.

Mungkin juga, anda gagal dalam UPU kali ini, sebab Allah nak hadiahkan anda sesuatu perkara yang tak disangka-sangka. Mungkin Allah nak uji kita, nak dengar rintihan kita, nak kita mohon sungguh-sungguh pada-Nya.

Allah, suka akan hamba-Nya yang memohon pada-Nya. Suka sangat. Allah yang minta kita mohon. So mohonlah, jangan malu.

Ingatlah, gagal adalah sukses tertunda. Mungkin UPU untuk 1st Intake ni anda gagal, dan kemudian untuk 2nd Intake (cthnya UiTM) anda dapat, maka pasti ada sebab disebaliknya. Kemungkinan 2nd Intake yang anda dapat, lebih memberi impak kepada anda berbanding dengan 1st Intake yang anda dok rayu nak dapat tu.

Mungkin 2nd Intake, anda adalah The Shining Star Student. Mungkin sekiranya anda dapat 1st Intake tu, anda adalah The Worst Student. Haa.. Who knows right?

So the point is, redha dengan ketentuan Allah. Yakinlah. Padanya pasti ada hikmah. Jangan salahkan sesiapa. Jangan salahkan sistem. Jangan salahkan cikgu. Jangan salahkan ibu bapa, pemeriksa, kawan-kawan. Jangan tuding jari pada orang lain. Tuding jari pada diri sendiri.

Muhasabah diri. Belajar menerima hakikat, dan jangan paksa Allah. Sebab Allah tahu apa yang Dia buat. At least, bila kita gagal, kita dah tahu apa rasanya gagal. So kita akan berusaha untuk berjaya. Look on the bright side.




Ingat, kalau tak dapat UPU. Jangan risau sangat. UPU bukan segala-galanya. Kat Malaysia ni, ada banyak ruang untuk belajar. Kita ada Politeknik, Kolej Komuniti, STPM, STAM, A-Level, O-Level, IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara), ILP (Institut Latihan Perindustrian), GiatMARA, Matrikulasi dan banyak lagi. Kalau ada bajet, kita ada bermacam-macam IPTS kat Malaysia ni. Boleh je masuk. Tapi dah nama pun swasta, so bila masuk, kena belajaq betul-2 la.

Penulis sendiri dulu masa mohon UPU, penulis gagal. Buat rayuan pun gagal. Frust dia, jangan cakap la. Semua dok kata buruk-2 pasal penulis. Tapi apapun kena yakin yang setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah. Husnuzon menjana pemikiran positif. So penulis terima hakikat, then dapat tawaran masuk STPM, so pergilah buat STPM, and tak sampai sebulan, dapat tawaran masuk Politeknik, jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer. Pada masa yang sama, penulis memohon 2nd Intake UiTM, dan alhamdulillah dapat. Satu semester di Politeknik, dan mengambil keputusan untuk menjadi Mahasiswa UiTM. Dan inilah penulis sekarang. Pelajar UiTM. Diploma Pentadbiran Awam.

With excellent CGPA results. Alhamdulillah :D

Panjang perjalanan. Seribu satu pengalaman. Semua yang berlaku, ada hikmah. Sikit-sikit hikmah tu muncul.


Allah dah atur kehidupan kita sungguh cantik. Kita cuma perlu ikut sahaja. Go with the flow.

So saudara/i, harap entri kali ini dapat membuka minda dan mata anda. Rileks brader brader rileks. Jangan sedih-2. Senyum senyum selalu. Senyum seindah senyuman. Muhasabah diri. Selalu berdoa. Selalu buat baik. Yakin dengan ketentuan Allah. InsyaAllah kejayaan akan menyusul.


Fikir yang baik-baik, maka kita dapat yang baik-baik.

Jangan menyerah kalah. Usaha selagi mampu. Selagi kita hidup, selagi itulah usaha itu kena ada.

Sekian sahaja daripada penulis.

InsyaAllah bertemu kita di lain entri.

Assalammualaikum wbt, salam sejahtera.

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Sama la kita kan azeem.
    Cuma CGPA tu ja la xsama.huhu =(

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaa charlie... xpe, kejayaan sedang menunggu kita tu. Insya-Allah nanti dapatlah excellent. Usaha. Kalau xdapat dlm bentuk pointer, pasti dapat dalam bentuk lain. Hehe. Goodluck result yang berbaki lagi beberapa hari je ni :D

      Padam
  2. assalammualaikum abg azeem..
    dkt uitm seremban selain kesatria ade apa lagi..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam wbt Fahmi. Sorry der saya baru perasan. Ada JPAM, Bulan Sabit, Polis, Wataniah.

      Padam
  3. Saya rasa bersemangat balik bila baca ni :)
    Skrng saya cuba nk buat rayuan upu. Doakan saya ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, buat yang terbaik. Saya selaku penulis doakan yg terbaik. Yang penting jangan cepat menyerah kalah!

      Padam
  4. kalau apply uitm bukan under upu dikira swasta ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya UiTM boleh dimohon melalui dua cara.

      Cara 1: mohon melalui UPU. Ni biasanya untuk kemasukan pertengahan tahun. Kira 1st intake juga la. https://upu.mohe.gov.my/

      Cara 2: mohon 2nd intake UiTM. Ni biasanya kemasukan bulan September setiap tahun. Boleh check di sini selalu: https://online.uitm.edu.my/

      -----

      Selain itu, sekiranya anda nak mohon masuk Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM, yang tu pun kena pergi website UiTM gak. Website iCEPS. Yang ni dikira swasta, tapi bila graduate, dapat diploma UiTM. Maklumat di sini: https://apply-iceps.uitm.edu.my/index.php/main-course/full-time

      Padam
  5. Upu tak dapat rayuan pun saya tak dapat...hmmm...boleh ke mohon kemahiran bukan lalu upu...ke keje jek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya faham perasaan tak dapat UPU dan rayuan tu sebab saya dah pernah lalui saat tu. Boleh tunggu 2nd intake untuk universiti seperti UiTM.

      Boleh je nak mohon kemahiran bukan melalui UPU. Boleh try mohon Kolej Komuniti.

      Boleh baca lebih lanjut di sini: https://www.azaraslan.com/2021/07/dilema-selepas-spm-diploma-asasi.html

      Nak kerja boleh, tapi digalakkan untuk tingkatkan skills dalam sesuatu bidang kerja terlebih dahulu. Barulah gerak kerja mantap.

      Padam
  6. Saya berjaya untuk permohonan second intake Politeknik tapi dalam masa yang sama saya mohon second intake UITM, permohonan UITM saya ditolak ke jika saya dah dapat Poli?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tak tolak.

      Dulu saya belajar satu semester di Politeknik. Saya masuk 1st intake Poli. Pada masa yang saya, saya juga ada mohon 2nd intake UiTM. Saya dapat tawaran UiTM 2nd intake juga.

      Mohon 2nd intake politeknik maksudnya mohon kat website politeknik la kan? So should be no problem, sebab kalau mohon 2nd intake UiTM, means awak mohon kat website UiTM.

      Lain ceritanya kalau mohon kat UPU. Kalau UPU, memang akan dapat satu je.

      Padam
  7. Salam. Hi. Ada tak media sosial yg mudah utk sy contact? utk bertanya hal berkaitan sec intake.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm wbt. Saya aktif di Facebook dan Instagram. Boleh tekan button social media saya yang ada di blog ni. Kalau nak lebih mudah, boleh terus emel saya untuk soalan. Nanti saya jawab. Emel di azaraslan95@gmail.com.

      Padam
  8. aslm bang,kalau sec intake mcm untuk upu mmg ada temuduga ke

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum bang, upu baru ni Alhamdulillah saya dapat, tapi saya dapat politeknik, saya nak masuk diploma uitm. Boleh tak kalau saya terima sahaja tawaran upu yang saya dapat tu and mohon juga upu untuk sec intake uitm. Mohon penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah tahniah sebab berjaya result UPU.

      Boleh je terima tawaran UPU politeknik tu. Then belajar macam biasa. Pada masa yang sama boleh mohon second intake UiTM. Kalau dapat course yang diminati, boleh la pergi ke UiTM.

      Nanti boleh buat keputusan yang terbaik once dapat keputusan.

      Saya dulu masuk politeknik juga sebelum masuk UiTM. Saya mohon UiTM 2nd intake.

      Padam
  10. Salam bang, saya merupakan bekas pelajar politeknik. Tapi saya belajar tak sampai habis sem. Saya drop out sebab ingin masuk uitm second intake ni. Saya sanggup tolak matriks awal dulu sebab nak upu lepastu upu gagal. Adakah second intake ni masih ada peluang untuk saya dapat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki takkan pernah salah alamat sekiranya memang ditakdirkan untuk kita. Mohon je jika berkelayakan. Saya pun dulu masuk UiTM second intake. DUIT: D=Doa, U=Usaha, I=Istiqamah, T=Tawakal

      Padam