Warkah Terakhir Sebagai Pelajar Diploma




First and foremost, maaf sebab karang panjang. Almaklumlah, ucapan terakhir selaku student diploma. Insya-Allah hehe.

Alhamdulillah, kini selesai sudah pengajian pembelajaran, Diploma Pentadbiran Awam (AM110), di teratak cita-cita, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Dua tahun setengah (5 semester) yang penuh liku, ranjau dan onak duri. Penuh kisah duka, lara, cinta, gembira dan ceria yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Memori yang tercipta, kini akan menjadi lipatan sejarah belaka.

Akan kurindui zaman diploma. Akan ku terkenang kembali nostalgia. Zaman di mana kita jatuh bangun dalam pelajaran. Zaman di mana ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Zaman di mana kita belajar untuk berdikari dan mencari pengalaman. Zaman di mana kita mengenali siapa sebenarnya kawan kita, siapa sebenarnya musuh kita, dan siapa teman sejati, siapa teman ibarat gunting dalam lipatan.

Terima kasih kepada ibu ayah, yang sering mendoakan kejayaan anak sulungnya ini. Insya-Allah, anakmu ini akan membawa balik segulung diploma kelas pertama, dengan title, Anugerah Naib Canselor.

Terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan khususnya yang seangkatan dengan saya, bersama-sama menempuh pengajian diploma ini ; Sepakat. Terima kasih kepada rakan-2 UiTM Kedah. Walaupun hanya satu semester di bumi jelapang padi dan sang kenari, memori yang tercipta tidak boleh berulang kembali. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan Badan Peers Kaunselor UiTM Seremban, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Seremban, Dipac Uitm Seremban, Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UiTM Seremban, rakan sebilik dan rakan-rakan UiTM kerana mewarnai kehidupan saya dengan pelbagai cerita. Terima kasih juga kepada rakan yang 'datang dan pergi'. Terima kasih kepada insan yang pernah menjadi teman istimewa dalam hidup saya. Walaupun hanya seketika, tapi anda juga pernah mewarnai hidup saya, dan mengajar satu nilai murni, iaitu ; kecekalan ataupun ketabahan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah-2, guru-2 dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, Prauniversiti, Politeknik dan UiTM, yang mengajar kami, ilmu yang anda perolehi. Semoga anda semua diberkati Allah, dan dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan. Tugas seorang pendidik bukanlah mudah, kerana perjuangan dan pengorbanan diperlukan demi membangunkan dan mengubah destini anak bangsa ke arah yang lebih baik.

Terima kasih juga diucapkan kepada geng-2 Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) UiTM Seremban, khususnya Pn. Norfarhana Zulkifli, kerana banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam menempuh alam universiti. Insya-Allah, ada rezeki, jika saya sambung Ijazah di UiTM Seremban, saya akan sambung kontrak dalam Peers ya puan. Terima kasih juga kepada Sir Mohamad Fuad Mohd Ali (My Idol, hehe), dan Pn. Hajah Fozilah Abd Hamid, serta kaunselor-2 pelatih, Kak Nurul Fadillah, Kak Munirah Abu Seman, Kak Arra Ferra, dan Kak Nurul Aimuni Hamad, kerana melayan kerenah saya yang tak reti nak berhenti bercakap ni, selain memberi ilmu yang tidak dapat dibeli di kedai buku. Hehehe.

Terima kasih kepada kawan-2 yang ada dengan saya susah senang. Di kala susah, anda datang. Di waktu gembira, kita sambut bersama. Di kala aku kesempitan wang, ada yang menghulurkan bantuan. Di ambang kesedihan, ada yang menenangkan :)

Terima kasih kepada semua pihak yang tidak saya nyatakan di atas, dalam mewarnai lembaran hidup saya. Mungkin tidak dinyatakan di atas, namun di hati tetap ada.

Mohon maaf atas segala kekhilafan yang saya telah lakukan sepanjang pengenalan, dan perkhidmatan saya dalam persatuan. Mohon seribu ampun, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Mohon dihalalkan segala makan minum dan ilmu yang diberikan. Seandainya saya ada apa-2 hutang dengan kalian, bolehlah inform saya ya. Nanti saya lunaskan bila dah ada duit di tangan. Hehe.

Warga Sepakat dan rakan-2 se-institusi, semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dan pelajaran. Insya-Allah, kita berjumpa lagi di masa hadapan. Semoga result exam kali ini, memberangsangkan. I wish you all the best in the future undertaking. Semoga kita menjadi Alumni UiTM yang tersohor di mata UiTM dan FSPPP :)

Ya Rabb, pertemukan kami semua di Syurga Ilahi.

Jauh di mata, dekat di hati.

Sepakat dan rakan-2. Ada rezeki kita bersua lagi.

UiTM dan seisinya, biarpun sirna dari pandangan, di mata hati masih jelas kelihatan.

UiTM Di Hatiku.



Catat Ulasan

0 Ulasan