Mengenai Saya


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Nama saya Ahmad Azeem Bin Ahmad Raslan. Boleh panggil Azeem. Nama komersial ialah AZAR. Anak sulung daripada 4 adik-beradik. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Saya amat minat menulis. Waktu zaman sekolah dulu, antara waktu yang saya tunggu ialah latihan karangan Bahasa Melayu. Waktu itulah saya akan menulis sepanjang yang boleh, dengan ayat gramatis, perkataan berbunga-bunga dan sebagainya. Saya pernah menerima Anugerah Pengetua Bahasa Melayu untuk peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5, kerana dapat markah tertinggi Bahasa Melayu pada waktu itu. Karangan saya dijadikan contoh dari kelas ke kelas. Seingat saya, saya dapat 115/130 markah jika gabung kertas 1 dan kertas 2.

Selain menulis, saya juga seorang yang suka bercerita. Saya suka berkongsi tips, pengalaman dan pandangan kepada orang lain. Pada saya, sharing is caring. Jika perkongsian saya memberi manfaat kepada orang lain, maka itulah yang saya akan buat. Nak tahu apa yang saya kongsi? Boleh baca sepenuhnya di sini okay? Jika bermanfaat, bolehlah share kat orang ramai! Boleh juga baca perjalanan hidup saya. Dalam penceritaan, saya turut selitkan pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran.

-----

Latar Belakang Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Tadika Warna-Warni Seksyen 19 (Lokasi sebelah Masjid Al-Huda). Sekarang tadika ni dah tak ada. Tapak masih wujud namun digantikan dengan  Integrated Islamic School Shah Alam (IISSA).

Kemudian bersekolah di SK Seksyen 19 dan KAFA Integrasi An-Najahiyah Seksyen 19. Pagi dan petang saya bersekolah.

Naik tingkatan 1 sampai 5, saya bersekolah di SMK Seksyen 19, Shah Alam.

Saya telah menghabiskan masa selama 7 tahun dalam pendidikan tinggi. Pada bulan Ogos 2020, saya berjaya menamatkan pengajian Master dalam Executive Master in Administrative Science UiTM. Fuh.. Lega. Saya sempat melalui ODL dek kerana pandemik COVID-19. Ianya amat mencabar. Sekarang tengah tunggu konvokesyen. Entah bila, saya pun tak tahu lah. Tunggu COVID-19 ni reda sikit.

Berikut adalah latar belakang pendidikan tinggi saya:
  • Diploma Pentadbiran Awam
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian)
  • Sarjana Eksekutif Sains Pentadbiran


Saya juga pernah masuk Pra-Universiti selama sebulan di SMK Seksyen 16, Shah Alam dan memasuki Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) selama 1 semester, mengambil jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) sebelum memasuki UiTM.


Sepanjang 7 tahun, pelbagai kejayaan saya telah terima, iaitu:

Peringkat Master
    • Anugerah Pascasiswazah Fakulti (APF) untuk Dua Semester (Pointer 3.7 dan ke atas)

    Peringkat Ijazah
      • Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Negeri Sembilan Sesi 2017/18;
      • Presiden Badan PEERs Kaunselor UiTM Seremban 2016/17;
      • Tenaga Penggerak untuk Program Delegasi Minda FSPPP UiTM Malaysia bersama FISIP Universiti Airlangga Indonesia;
      • Pemenang Pingat Emas & Anugerah Khas untuk Pertandingan Inovasi Antarabangsa (YIIX, SITC, MIIEX), mewakili FSPPP;
      • Anugerah Speaker Terbaik UiTM National Leaders Summit 2018;
      • Top 20 (Semi-Finalist) University Motivator Competition (UMAC) PEERs UiTM Seluruh Sistem, dan;
      • Pengarah & Penyunting Video Korporat FSPPP UiTM SeMalaysia 2017

      Peringkat Diploma
      • Anugerah Naib Canselor Diploma Pentadbiran Awam UiTM
      • Anugerah Graduan Terbaik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM SeMalaysia (Diploma)
      • Anugerah Graduan Terbaik (Kepimpinan) UiTM Negeri Sembilan
      • Ikon FSPPP UiTM
      • Tokoh Kepimpinan Pra-Graduan Diploma Pentadbiran Awam, dan;
      • World Record Holder, World's Largest Silat Lesson: Guinness World of Records: Silat Cekak Pusaka Hanafi, 2016.

      Kalau nak tahu mengenai perjalanan diploma, ijazah dan master saya, boleh tekan sini. Di sini saya rakamkan segala detik indah dan duka sepanjang berada di menara gading.


      Pekerjaan

      Saya ada banyak juga pengalaman kerja. Pernah kerja KFC, pernah jadi cikgu, pernah juga kerja sebagai urus setia Konvokesyen UiTM dan pernah kerja di kilang sebagai pereka grafik.

      Saya juga pernah bekerja sebagai Pegawai Pemasaran & Perhubungan Awam di Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MEDAC). Nak tahu serba sedikit perjalanan kerjaya saya? Tekan sini. Banyak benda yang saya rakamkan dalam bentuk penulisan dan gambar.

      Kini, saya bekerja sebagai Eksekutif Multimedia & Reka Bentuk Grafik di Chef Kecik Kitchen.


      Ada Buat Kerja Sampingan Ke?

      Ada. Saya mempunyai bisnes kecil-kecilan yang berdaftar dengan SSM iaitu AZAR Productions. AZAR Productions memfokuskan kepada graphic design, fotografi dan video.

      Walau bagaimanapun, bisnes memang terjejas akibat pandemik COVID-19 ni.

      Selain itu, saya juga mempunyai akaun Shutterstock. Saya jual gambar yang saya tangkap. Masih baru lagi dalam Shutterstock ni.


      Aktif Dengan Kerja Sukarela?

      Ya, sangat aktif. Saya bersama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sejak sekolah rendah sehingga hari ini. Memang minat buat kerja sukarela. Nak tahu lebih lanjut, boleh tekan sini.

      Pertanyaan, Persoalan, Cadangan?

      Jangan malu jangan segan. Boleh hubungi saya melalui emel di azaraslan95@gmail.com ya. Nak contact kat social media pun no problem.

      #JanggutSejemput #AZAR #azaraslan



      Catat Ulasan

      6 Ulasan

      1. Salam. Maaf, bagaimana sy dpt kan perkhidmatan ibu saya yang terla tar sakit dirumah.? Boleh kah doctor dtg ke rumah kami.. Saya tinggal di Taman Salak Jaya. Salak South.

        BalasPadam
        Balasan
        1. Jika untuk perkhidmatan vaksin rumah ke rumah, BSMM mungkin boleh bantu.

          Boleh isi di sini: shorturl.at/ivP68

          Maklumat lanjut di https://www.redcrescent.org.my/

          Untuk perkhidmatan doktor datang ke rumah tu kena tanya hospital, klinik ataupun KKM.

          Padam
      2. Assalamualaikum, dulu Cik Azeem ambil course Diploma Public Admin dan sambung Degree Admin Science kan? Klau dari Dip Public Admin nk sambung Degree Corporate Admin, beza sangat ke course/subject dia? Pendapat Cik better continue course yg sama atau tak

        BalasPadam
        Balasan
        1. Wslm wbt Amani. Betul.

          Public Admin ke Corporate Admin kira lari juga.

          Public admin lebih kepada pentadbiran kerajaan. Pentadbiran korporat lebih kepada pentadbiran syarikat / perniagaan.

          Subjek pun berbeza bila masuk semester 3, 4, 5 dan 6.

          Pendapat saya ialah, awak kena identify dulu awak nak jadi apa. Awak kena tanya diri awak yang awak minat apa.

          Ramai juga kawan2 saya dari DPA yang masuk BCA.

          Padam